Thursday, December 20, 2012

Encik Abang ku Romentik


Sebuah buku nukilah rakan se universiti ku... tak sangka dari seni tampak beliau beralih kepada seni penulisan. Sungguh bangga dengan kejayaan beliau yang telah menghasilkan beberapa buah novel. Namun saya hanya berkesempatan membaca novel terbarunya ini.

Sudah selesai membaca nukilah sahabat Elee Mardiana... wahhhh ada tawa, ada seram dan ada geram... yang pastinya bahagia... menarik sekali :)

Sunday, March 27, 2011

A Doctor In The House

Still in the process of reading...

Buku ini amat menarik perhatian saya... masih membaca dan terus membaca dicelah-celah tugasan membaca yang lain...

Saturday, January 23, 2010

State of Fear


Hemmm... sebuah cerita yang dimulakan dengan seorang penyelidik muda yang sedang mengkaji pergerakan pada bumi yang akan menyebabkan air laut bergerak dan berlakunya isunami. Beliau yang pada mulanya ingin mengambil angin dan minum-minum telah berkenalan dengan seorang wanita yang akhirnya telah menggodanya. Dari pengenalan dan membawa wanita tersebut ke tempat penyelidikan dijalankan dan akhir ke rumahnya hinggakan beliau terperangkap dengan konspirasi yang menyebabkan kematiannya.

Kembali kepada seorang peguam muda, Peter Evans yang mempunyai pelanggan bernama George Morton, seorang jultawan yang merupakan pejuang alam sekitar, sebagai peguam yang mengendalikan keperluan pelangganya beliau telah berusaha dan sering mengikut Mr. George Morton kemana sahaja beliau arahkan terutama sekali apabila mengendalikan sebuah kes yang amat penting dan besar bagi pihak pelanggannya.

Semua kecelaruan berlaku apabila Mr. George Mortondipercayai mati setelah telibat dalam kemalangan ngeri dimana mayat beliau tidak dapat ditemui dan berlaku berbagai-bagai insident yang mengancam nyawa peguam muda itu sendiri.

Cerita ini banyak berkisar tentang aspek menjaga alam sekitar bagaimana ianya sedang teracam atau sebaliknya? badan yang diamanahkan untuk memperjuangkannya akhirnya menjadi kambing hitam yang secara sengaja merancang atau punca berlakunya kemusnahan secara besar-besaran namun semua ini dapat di pintas sebelum ia menjadi bencana besar.


Thurston House


Sebuah buku yang menarik dimana ianya berkisarkan tentang harta, cinta dan kasih sayang. Cerita bermula dengan kisah kepayaan seorang lelaki yang budiman membena empayer perniagaannya dari penat jerih dirinya dan bapanya sehinggakan mengjadi kaya raya. Atas kesedihan kematian tunangnya telah menyebabkan dia tidak mendirikan rumah tangga sehingga usianya menjangkau ... Akhirnya dia telah memilih untuk mengahwini anak kepada rakan niaganya yang berusia 18 tahun, oleh kerana perbezaan umur yang ketara dan sikap isterinya yang tidak mahukan anak rumah tangga mereka menjadi goyah terutama sekali dengan kehardiran orang ketiga yang merupakan jejaka tampan keturunan bangsawan dari eropah. Sebagai seorang isteri yang tidak menghargai setiap pergorbanan sang suami akhirnya telah melarikan diri meninggalkan anak dan suami semata-mata untuk bersama lelaki yang akhirnya membuat dia sengsara.
Cerita ini tidak berakhir disini ianya diteruskan dengan kisah anaknya yang telah membesar dengan segala kemewahan namun sentiasa merendah diri seperti bapanya, dalam ingatannya ibunya telah mati dan bukan ditinggalkan tanpa sebab. Setelah membesar ketika umurnya meningkat 18 tahun satu kejadian gempa bumi telah berlaku dan akhirnya mengakibatkan bapanya meninggal dunia. Disini bermulalah kisah nya yang cuba mengambil alih perusahaan bapanya dan ditindas oleh kaum lelaki sehingga dia berumah tangga dengan saingannya dalam perniagaan.
Mereka dikurniakan seorang anak, namun nasibnya berubah apabila dia kehilangan suami tercinta dan anaknya bersikap tidak ubah seperti ibunya yang tidak pernah ditemui, angkuh dan sombong. berbagai-bagai dugaan yang ditempohi sehingga akhirnya ibunya muncul kembali dan menambah porak peranda di rumah agam bernama Thrston House...

Tuesday, November 10, 2009

Dibawah Lindungan Kaabah

Sekarang baru saya ingat bahawa buku tulisan Hamka yang saya baca adalah bertajuk Dibawah Lindungan Kaabah, sebuah buku berunsurkan perjuangan islam dan juga ketidak adilan yang berlaku terhadap kaum hawa kerana ditindas dan dinafikan haknya disebabkan oleh amalan yang tidak berlandaskan kepada ajaran islam yang sebenar. Secara jujur buku ini sememangnya memberi pembaca satu rasa yang agak sukar digambarkan kerana soal perjuangan menegakkan agama Islam keatas umah serta bagaimana pengetahuan terhadap agama amat penting supaya ia tidak di menupulasikan sesuka hati.

Islam itu adil, Islam itu benar

p/s: saya baca buku ini sebelum ianya di filmkan.

Tuesday, November 3, 2009

Ayat-ayat Cinta


Ini merupakan novel kedua dari penulis Indonesia yang saya baca, novel pertama adalah dari penulis Hamka. Novel ini juga saya baca kerana terpengaruh dengan filemnya yang baru sahaja ditayang pada ketika itu. Apa yang menarik saya untuk membaca novel-novel selalunya adalah kerana saya ingin tahu apa sebenarnya cerita yang tertulis di dalam bentuk penulisan sebelum ianya diadiptasikan dalam bentuk filem. Kerana apa yang saya tahu selalunya ianya pasti akan terdapat sedikit atau banyak perbezaan antara penulisan dan filem dan ini ternyata benar sememangnya terdapat beberapa perubaan, tapi yang nyata kedua-dua visi cerita tersebut dihasilkan dengan baik dan menarik.

Garald's Game

Mendengar sahaja nama penulis ni pasti ada yang mengetahui beliau adalah penulis cerita-cerita seram dan misteri. Apa yang menarik saya untuk membaca buku ini yang pertama adalah nama penulisnya, ini kali pertama saya membaca buku dari Stephen King, mungkin ini bukan buku yang terbaik darinya namun ia adalah buku yang termurah saya boleh dapat dari kedai buku 2nd hand yang yang lewati (sekadar berterus terang).