Saturday, January 23, 2010

Thurston House


Sebuah buku yang menarik dimana ianya berkisarkan tentang harta, cinta dan kasih sayang. Cerita bermula dengan kisah kepayaan seorang lelaki yang budiman membena empayer perniagaannya dari penat jerih dirinya dan bapanya sehinggakan mengjadi kaya raya. Atas kesedihan kematian tunangnya telah menyebabkan dia tidak mendirikan rumah tangga sehingga usianya menjangkau ... Akhirnya dia telah memilih untuk mengahwini anak kepada rakan niaganya yang berusia 18 tahun, oleh kerana perbezaan umur yang ketara dan sikap isterinya yang tidak mahukan anak rumah tangga mereka menjadi goyah terutama sekali dengan kehardiran orang ketiga yang merupakan jejaka tampan keturunan bangsawan dari eropah. Sebagai seorang isteri yang tidak menghargai setiap pergorbanan sang suami akhirnya telah melarikan diri meninggalkan anak dan suami semata-mata untuk bersama lelaki yang akhirnya membuat dia sengsara.
Cerita ini tidak berakhir disini ianya diteruskan dengan kisah anaknya yang telah membesar dengan segala kemewahan namun sentiasa merendah diri seperti bapanya, dalam ingatannya ibunya telah mati dan bukan ditinggalkan tanpa sebab. Setelah membesar ketika umurnya meningkat 18 tahun satu kejadian gempa bumi telah berlaku dan akhirnya mengakibatkan bapanya meninggal dunia. Disini bermulalah kisah nya yang cuba mengambil alih perusahaan bapanya dan ditindas oleh kaum lelaki sehingga dia berumah tangga dengan saingannya dalam perniagaan.
Mereka dikurniakan seorang anak, namun nasibnya berubah apabila dia kehilangan suami tercinta dan anaknya bersikap tidak ubah seperti ibunya yang tidak pernah ditemui, angkuh dan sombong. berbagai-bagai dugaan yang ditempohi sehingga akhirnya ibunya muncul kembali dan menambah porak peranda di rumah agam bernama Thrston House...

No comments:

Post a Comment