Hemmm... sebuah cerita yang dimulakan dengan seorang penyelidik muda yang sedang mengkaji pergerakan pada bumi yang akan menyebabkan air laut bergerak dan berlakunya isunami. Beliau yang pada mulanya ingin mengambil angin dan minum-minum telah berkenalan dengan seorang wanita yang akhirnya telah menggodanya. Dari pengenalan dan membawa wanita tersebut ke tempat penyelidikan dijalankan dan akhir ke rumahnya hinggakan beliau terperangkap dengan konspirasi yang menyebabkan kematiannya.
Kembali kepada seorang peguam muda, Peter Evans yang mempunyai pelanggan bernama George Morton, seorang jultawan yang merupakan pejuang alam sekitar, sebagai peguam yang mengendalikan keperluan pelangganya beliau telah berusaha dan sering mengikut Mr. George Morton kemana sahaja beliau arahkan terutama sekali apabila mengendalikan sebuah kes yang amat penting dan besar bagi pihak pelanggannya.
Semua kecelaruan berlaku apabila Mr. George Mortondipercayai mati setelah telibat dalam kemalangan ngeri dimana mayat beliau tidak dapat ditemui dan berlaku berbagai-bagai insident yang mengancam nyawa peguam muda itu sendiri.
Cerita ini banyak berkisar tentang aspek menjaga alam sekitar bagaimana ianya sedang teracam atau sebaliknya? badan yang diamanahkan untuk memperjuangkannya akhirnya menjadi kambing hitam yang secara sengaja merancang atau punca berlakunya kemusnahan secara besar-besaran namun semua ini dapat di pintas sebelum ia menjadi bencana besar.
No comments:
Post a Comment