Tuesday, November 3, 2009

Rising Sun


Buku yang bertemakan penyiasatan, pembunuhan dan dunia korporat ini saya baca ketika saya baru mula berkerja di Setiawangsa. Ketika itu saya akan selalu menaiki bas untuk pulang kerumah keluarga di hujung minggu. Seingat saya buku ini saya beli di Komplaks Kota Raya sebagai buku 2nd hand dan rasanya berharga RM5. Apa yang nyata pada ketika itu minat saya untuk membaca buku ini adalah kerana pada ketika itu buku ini telah di filemkan dan ianya tidak dibenarkan untuk ditayang di Malaysia (betulkan jika saya salah) mungkin kerana jalan ceritanya yang tidak bersesuaian, namun apa yang saya dapati ya mungkin benar ada babak-babak yang tidak sesuai tetapi keseluruhan ceritanya lebih kepada penyiasatan untuk mencari pembunuh yang sebenar. Pada keseluruhannya novel ini sememangnya menarik untuk dibaca bagi sesiapa yang suka kepada cerita-cerita penyiasatan.

The Hobbit



Buku ini baru sahaja saya selesai membaca tiga hari yang lalu, saya mengambil masa yang agak lama mungkin kerana kini saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja harian dan tugas-tugas hakiki. Sebuah novel pengembaraan fantasi yang bagi saya amat menarik, ia berjaya membawa saya dari satu tempat dan kisah ke setuasi yang lain. Apa yang nyata oleh kerana saya telah menonton filem Lord Of The Ring (LOTR) maka apabila setiap watak yang ditulis muncul melaluinya saya akan terbayang wajah-wajah yang telah saya tonton sebelumnya begitu juga dengan panorama sepanjang jalan cerita. Ini membuat proses pembacaan saya bertambah menarik, mungkin tidak pada yang lain. Apa yang nyata cerita-cerita sebegini berjaya menawan hati saya untuk membaca ketiga-tiga buku LOTR satu hari nanti.

Flowers in the Attic


Saya masih ingat lagi ini merupakan novel yang pertama saya baca ketika saya berumur 19 tahun, mungkin kerana latar belakang keluarga membaca novel bukannya satu perkara yang menjadi kebiasaan dalam hidup saya. Apa yang saya ingat pada ketika itu saya menghadapi masalah berkaitan matapelajaran Bahasa English yang perlu saya ambil dan lulus, jika tidak saya akan dibuang dari pusat pengajian kerana matapelajaran ini adalah wajib untuk lulus. Atas nasihat sahabat saya iaitu Cik Maya yang merupakan rakan sebilik saya ketika itu, beliau telah menyerahkan sebuah novel dan meminta saya membacanya dan berharap agar ianya dapat membantu. Dan dari situ maka saya telah memulakan minat untuk membaca novel-novel sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun English.
Novel ini mengisahkan penderitaan yang dialamai oleh adik-beradik yang di kurung oleh ibu dan nenek mereka sendiri hanya kerana harta dan cerita disebalik kelahiran mereka. Novel ini telah difilemkan namun apa yang mengecewakan ianya tidak lah sehebat buku tersebut dan penamatnya amat berlainan sekali dengan jalan cerita yang sebenar.